Social Icons

Monday 25 November 2013

Bunyi Cengkerik Dalam Frekuensi Rendah, Kedengaran Seperti... MANUSIA MENYANYI???


Seorang komposer bernama Jim Wilson telah merakamkan bunyi cengkerik dan memainkannya dalam frekuensi rendah. Hasilnya adalah suatu penemuan yang sangat menakjubkan! Kedengaran cengkerik tersebut seakan sedang menyanyi dalam suatu korus yang indah. Walaupun ia kedengaran seakan manusia, ia adalah bunyi tulen yang dihasilkan oleh cengkerik berkenaan.

Klik untuk dengar :

Nota dari Ustaz Hasrizal (https://www.facebook.com/ustazhasrizal: Peminat Rock tidak akan tenang mendengar lagu keroncong. Peminat jazz tidak akan aman mendengar lagu reggae. Tetapi mana-mana peminat mana-mana genre akan rasa tenang mendengar bunyi air sungai mengalir, burung berkicau, angin menyapa daun di rimba dan ombak menghempas pantai. Malah manusia berlainan agama juga, tetap mendapat kesan yang sama. Mengapa? Apa yang menyatukan perbezaan ini?

Saya bertemu dengan jawapannya di dalam firman Allah:

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. [Al-Isra' 17: 44]

Akal kita tidak memahami bunyi-bunyian itu, tetapi hati dan jiwa kita memahami dan menghayatinya.

Ini adalah bunyi cengkerik biasa yang dirakam oleh Jim Wilson. Apabila rakamannya dimainkan dengan frekuensi rendah, bunyi cengkerik itu kedengaran seperti sebuah koir yang sangat harmoni dan berbunyi seperti nyanyian sekumpulan manusia. Mungkin rakaman ini boleh memahamkan kita maksud firman Allah di atas.

Ampunkan kami ya Allah kerana menjadi hamba-Mu yang amat kurang berzikir

No comments:

Post a Comment