Dipetik dari : beautifulnara.com
Amboi. Hebat juga metafora yang digunakan oleh Zed Zaidi. Setelah digugurkan jawatan sebagai Presiden Seniman oleh mahkamah, Zed Zaidi tampil bersama lebih kurang 50 orang ahli Seniman yang lain di Finas untuk menjelaskan isu tersebut. Mungkin kerana kekecewaan atas nasib yang menimpa dirinya, metafora “tahi” ini terpacul keluar daripada mulut Zed Zaidi.
Menurut Zed Zaidi, kesilapan kepimpinan Seniman sebelum ini menyebabkan berlakunya kemelut ini. Kata Zed:-
Saya umpama mencuci tahi orang. Bila kita dah cuci (tahi) itu bersih-bersih, ia jadi (tahi) semula. Kami adalah mangsa keadaan kerana kesilapan pemimpin-pemimpin
Saya amat-amat sedih dengan keputusan mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami benar-benar teraniaya. Agenda saya dalam Seniman ini amat besar. Saya mahu meningkatkan darjat artis-artis yang sering dipandang rendah agar terus dihormati, tetapi saya tidak berjaya
Bagi Abang Nara biasalah kehidupan ada pasang ada surut. Ada dugaan dan cabaran. Kalau nak buat perubahan, kadang kala pasti ada pihak yang menentang. Kalau anda rasa anda berada di pihak yang benar, teruskan perjuangan. Jangan kerana halangan sebegini, semangat terus hilang. Apa pun, semoga Zed Zaidi akan menang jawatan Presiden Seniman sekali lagi apabila mesyuarat agung diadakan dalam masa terdekat kelak. Good luck Zed!!!
Lebih informasi di : http://beautifulnara.com/
No comments:
Post a Comment